Unit dan struktur Warcraft: Orcs & Humans

Seperti kebanyakan permainan komputer berasaskan strategi masa-nyata, Warcraft bercirikan dua golongan yang bertelagah, Manusia yang mulia dan Orc yang ganas.

Warcraft adalah unik kerana ia berkenaan alam fantasi dan arketip, termasuk pertempuran bersenjata dan sihir. Sebagaimana Warcraft II, unit dan bangunan setiap kumpulan mempunyai pasangan berlawanan dalam kumpulan lainnya. Kecuali beberapa mentera, setiap unit biasanya sama dengan pasangan lawannya, dengan sedikit perbezaan. Sebagai contoh, juru lembing orc menyebabkan kecederaan lebih teruk berbanding pemanah manusia tetapi mempunyai jarak yang kurang sedikit.

Satu-satunya unit yang eksklusif dan tidak mempunyai pasangan lawan dalam permainan ini adalah Jembalang (Demon) (diseru oleh Ahli Sihir Orc) dan Unsur Air (Water Elemental) (diseru oleh Pawang Manusia). Kedua-duanya merupakan unit paling berkuasa bagi setiap pasukan, Jembalang sungguhpun lembab menyerang bebas dengan lebih HP dan kerosakan, sementara Unsur Air adalah unit jarak jauh. Sunguhpun tidak ketara, unit-unit ini membuatkan setiap bangsa dalam permainan ini memiliki ciri-ciri istimewa yang tersendiri. Bangsa Orc mampu menghuru-harakan keadaan dengan menggunakan Jembalang yang diperkuatkan dengan Perisai Hantu manakala bangsa manusia boleh melepasi kawalan ketat dengan menggunakan makhluk Unsur Air yang bersifat halimunan.